Tuesday, May 17, 2011

PANASNYA NERAKA, BANYAKNYA DOSA.



Andai sahaja manusia tahu betapa seksanya dibakar di dalam api, maka mereka akan cuba menyelamatkan diri dari dibakar.. Lihatlah gambar di atas, hayatilah betapa sakitnya dibakar dengan api.. Ia hanya api dunia yang tidaklah sepanas mana.. Lihatlah ada orang menghulur tangan, mereka cuba bantu kita dari dibakar api, mereka itulah orang yang menasihati ke arah kebaikan.. Mereka bukan cemburu, bukan menyibuk hal orang lain, tapi mereka tak mahu kamu dibakar sebegitu rupa.. Tahu kan api neraka tu 70 kali ganda lebih panas dari api yang terpanas di dunia?

Jadi mengapa kita masih lagi tidak mahu solat? tidak mahu tutup aurat? tidak mahu berbuat baik? tidak mahu mengikuti segala perintah dan meninggalkan larangan Allah? iblis itu dari api kejadiannya, dan ia akan kembali kepada api neraka, tapi dia akan membawa kita semua, umat manusia menemaninya di sana.. apakah kamu semua sanggup menerima pelawaan tidak rasmi dari iblis?

Sedarlah wahai saudara seagamaku.. dibakar dengan api dunia itu sangat sakit, kamu boleh cuba sendiri jika ingin merasainya.. tinggalkanlah segala kejahilan dan kemungkaran yang telah kita lakukan.. berubahlah dan berhijrahlah ke arah yang lebih baik mulai saat ini.. jangan tundakan masa lagi.. maut itu tidak menanti kita langsung, walau sesaat.. jadi takkan kita mahu bertaubat setelah maut menghampiri? fikirlah dengan pandangan yang jauh, bahawa dunia ini sekejap sahaja kita duduki dan rasai nikmat, tapi akhirat itu kekal selamanya..

Wahai saudaraku, ajaklah keluargamu, sahabat2mu, jiran2mu, dan sesiapa sahaja yang seagama dengan kita, ajaklah mereka ke arah kebaikan.. sama2 main peranan untuk menegur dan mengelakkan dosa yang dibuat.. moga dengan usaha kita menegur dan cuba memperbetulkan mereka yg jahil dan lalai itu, Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah.. mula dari sekarang, pergilah di pasar, shopping kompleks, bandar2, kampung2, dan di mana jua, tegurlah jika mereka tidak menutup aurat, tegurlah jika mereka tak solat, tegurlah jika mereka berdua2an berpegangan bukan mahram, tegurlah jika mereka berbuat jahat dan bermaksiat pada Allah, tegurlah wahai sahabatku..

Janganlah kita mengambil sikap membiarkan saudara2 kita membuat maksiat, janganlah takut untuk menegur mereka, sayangilah mereka kerana Allah, sayangi mereka dengan menegur mereka supaya mereka tidak dibakar.. Cubalah dan mulakan dengan ahli keluarga.. jangan takut pada masyarakat, kita memegang amanah Allah, membawa pesanan Allah untuk mereka, ia satu jihad juga.. tolonglah wahai saudaraku, kita mulakan.. jangan biarkan saudara islam kita dirosakkan sewenang2nya oleh yahudi dan nasrani atau org2 barat..

Kepada pemimpin, hentikanlah membiarkan arak berleluasa, hentikan kezaliman terhadap rakyat, hentikan dan tutuplah pusat hiburan, jalankanlah undang2 islam.. hentikanlah ribda dan rasuah.. nanti kamu akan disoal di hari akhirat di hadapan semua orang, apakah kamu sanggup menanggung dosa sebesar alam ini dari setiap manusia yang menjadi mangsa kerosakan yang telah dilakukan? bangkitlah wahai pejuang2 islam.. bangkitlah wahai tentera islam.. bangkitlah wahai manusia yang mengaku Allah tuhan kamu dan Muhammad rasul kamu.. bangkitlah...

Thursday, May 12, 2011

KAWAN, SAHABAT, MEMBER, FRIENDS, FRIENDSHIP


Teman, sahabat, member, frenz, and frenship.
semua tu adalah meaning yang sama.

tetapi apa itu erti sahabat, kawan, teman, member, frenz yang sebenarnya?
sebahagian besar orang akan menjawab:

"sahabat adalah orang yang menyayangi kita, orang yang boleh memahami kita, orang yang sentiasa hadir saat kita membutuh atau sedih, orang yang mahu mendengar keluh kesah kita, orang yang mahu bersahabat dengan kita apa adanya, yang mendekat saat seluruh dunia menjauh dan sebagainya..."

ada juga orang menyatakan sahabat ialah:

"sahabat ialah teman yang benar-benar dekat sampai tahu hal-hal kecil tentang kita. ada juga yang bgtau sahabat itu kalau kite pegi kemana-mana, selalu bersama je. tetapi ade juga org kata, sahabat itu adalah teman dalam suka dan duka, tetapi kadang-kadang pd suatu saat, mesti ada batasnya juga, kita harus membiarkan dia mengatasi masalahnya sendiri supaya teman tersebut tumbuh lebih matang.."

friends give us security in knowing our secrets will be protected and will not be broadcast from the rooftops.



the best frenz, we walk around talking to complete strangers, and laugh for absolutely for no reason at all. have stupid fights that are over in 10 minute. attempt to dance and sing like they do on the music videos. have a billion "you-had-to-be-there" time's. gangs up on the bitch that has a problem with one of us. make fun each other when we walk into stuff. act like we're all on crack and no matter what happens, we're always there for each other through good time and bad.

disini: xkira siapa2 kawan-kawan saya, saya sayangkan mereka semua. post satu gambar nie sahaja xbermakna saya lupekan kawan-kawan yang lain.

and to my frens dlm pic nie, sorry letak dis pic. sebab aku xde gamba yg terbaru. nie yg lama. (zaman dulukala) by the way, i love u guys!
(^_^)

Wednesday, May 11, 2011

MOTHER'S DAY (SAJAK KASIH SEORANG IBU)

Ibu...
kasih dan sayangmu harum umpama setanggi syurga...
kan ku semat ia kukuh jauh ke dalam sudut sanubariku...
wajahmu yang bercahaya umpama bulan purnama...
sering menggangu lenaku.

Ibu...
segala nasihat yang kau lemparkan dan hamparkan pada ku,
kan ku semat kukuh didasar ingatan ini...
kelembutan bicaramu serta kelunakan suaramu mengaji...
kan menjadi peniup semangat sehingga ke akhir hayatku...

Ohh Ibu kesayanganku...
semoga nurkasih-Nya sentiasa melingkari perjalanan kehidupanmu...
terima kasih atas pengorbanan dan jernih perihmu membesarkanku...
Dukaulah bidadari yang bertakhta dihatiku...

I love my mom... (^_^)